Polis hari ini memanggil Pengarang akhbar The New Straits Times bagi membantu siasatan berkenaan laporan yang disiarkan yang mendakwa bahawa ejen Mossad telah memasuki negara ini.<br /><br />Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim, ia adalah proses biasa yang perlu dijalankan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dakwaan yang dimuatkan dalam laporan tersebut.